Friday, December 9, 2011

Jangan Berputus Asa

بسم الله الرحمن الرحيم

 Apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada video burung hantu chomel nie? Sebenarnya dia ingat bayang-bayang tikus tu tikus betul. Tikus tu takde pun sebenarnye. 

Tapi, semangat si little owl ni patut dicontohi jugak. Walaupun nampak sedikit dungu (memang la nama pun haiwan kan?), tapi dia tak berputus asa dan terus mencuba. Tambah-tambah buat muka bajet kiut. Walaubagaimanapun, memang sifat ini yang patut dicontohi manusia. Contohnya dalam bisnes. Rata-rata mereka yang baru nak mulakan bisnes akan menghadapi kegagalan. Malah kajian pun sebut 80% daripada newly set up company akan gagal. Tapi sifat tidak mudah putus asa akan menyebabkan seseorang tu akana bangkit kembali dari kegagalan. Risiko itu ada di mana-mana. Tugas kita bukanlah untuk menghapuskan risiko, tapi tugas kita adalah mengurangkan risiko. Ok?




Dalam Islam, kita juga diajar untuk tidak mudah berputus asa. Walaupun dosa kita setinggi gunung dan seluas lautan, tidak bermakna Allah tidak akan mengampunkan kita. Allah itu Maha Pengampun. Selama mana kita tidak mensyirikkan Allah, Allah pasti akan mengampunkan dosa kita sekiranya kita bertaubat nasuha. 

Dalam exam, kerja, hubungan dengan manusia dan lain-lain, kita juga tidak harus berputus asa denganrahmat Allah. Mungkin hari ini kita gagal, tapi hari esok atau lusa kita akan berjaya. Ok?


3 comments:

  1. baikk!kena selalu berusaha bersungguh sungguh bila buat apa pun..

    ReplyDelete
  2. ok.tu yg kte nak. tp nangis tu elok.boleh hilangkan stress..

    ReplyDelete