WIRA CHOMEL

Chomel Media Network 

Assalamualaikum warahmatullah

Asal-Usul Nama Wira Chomel

Akulah Wira Chomel. Dengan kuasa cakar ayam akan menggigitmu!

 Alhamdulillah kerana Allah masih masih lagi bagi aku peluang membuat satu blog tentang semua benda chomel di dunia nie. Nama Chomel nie sebenarnya diambil sempena nama arwah kucing aku, chomel. Dia nie laki tau, bukan pompuan. Chomel nie kalu tak cilap aku dah meninggal dua tahun lepas. Tu pun mak aku yang bagitau sebab aku duk blaja time tu.

Wira ni pulak nama kucing aku jugak. Wira ni memang hero di kalangan kucing. Dah jadi arwah lama dah. Keluarga kitorang bagi nama wira sebab kucing nie memang hero. Sekali tu die jatuh dalam parit, tapi dia boleh berenang lepas tu naek sendiri. Hebat giler kucing nie! Memang betul-betul sang wira lah kucing nie. 

Ok. Pasal blog nie, blog nie bersifat santai dan bahasa yang digunakan juga santai. Takde nak formal-formal guna bahasa baku walaupun aku nie dulu memang seorang yang mencintai bahasa. Ceh! Blog nie aku tujukan buat mereka yang menghargai kechomelan dan kekiutan (bahasa ape nie??) binatang-binatang, bayi-bayi yang montel, budak-budak yang kiut-miut, makanan, kraftangan, produk-produk chomel, cenderahati, dan jugak termasuk makhluk asing yang merasakan diri mereka tu chomel.

Satu lagi. Blog ini ade mesej tau. Bukan mengarut je. Setiap artikel dan video akan diselitkan dengan nilai-nilai murni dan mesej-mesej tertentu terutama mesej-mesej Islami. Aku harap blog nie tak menghabiskan masa korang dengan benda-benda yang tak berfaedah. Ok, jom layan blog nie. Yeay!

Siapa Chomel Media Network

Bila rasa gembira kita lompat. Yeay!!

Chomel Media adalah satu projek blog yang menghimpunkan semua koleksi gambar-gambar yang chomel dan cute, yakni binatang chomel, mainan chomel, baby chomel, barang-barang yang dibuat sendiri yang cute dan chomel dan banyak lagi.

Pendek kata semua nak chomellah! Yeay!

Chomel Media juga berusaha memberi pengajaran dan teladan dalam setiap video dan artikel yang dihasilkan. Bukan sekadar hiburan, tetapi mesej dan nilai-nilai murni juga turut disampaikan dalam setiap artikel. Nilai islami juga insyaAllah akan turut diselitkan
secara kreatif dan tidak langsung.

Selain itu, Chomel Media Network juga mempunyai cabang bisnes sendiri. Antaranya:

Annisa Muslimah Essentials (menjual keperluan muslimah sejati)
http://www.facebook.com/annisacollectionshouse

Saya Suka Beg Cute & Comel (menjual beg-beg yang cute dan chomel)
http://www.facebook.com/pages/Saya-Suka-Beg-Cute-Comel/225461134169343

Saya Suka Cenderahati Comel (menjual cenderahati cake towel yang comel)
http://www.facebook.com/pages/Saya-Suka-Cenderahati-Comel/121097678005687

Diharap dengan adanya blog ini dapat menambah ilmu dan meningkatkan kreativiti kita semua. Ok, jom layan Chomel Media!

Jangan lupa klik LIKE dan share kat kawan-kawan. Tengkiu!